Kuala Terengganu: Batalion Pertama Kem Padang Midin Rejimen 512 AW telah menganjurkan Promosi Askar Wataniah pada 24 hingga 26 Jun 22 bertempat di Taman Awam Pantai Batu Burok. Seramai 2 Pegawai dan 10 anggota terdiri daripada Angkatan Sukarela dan Tetap telah terlibat dengan persiapan dan penganjuran promosi ini. Peluang untuk menganjurkan promosi AW ini diambil bersempena dengan penganjuran Terengganu Bike Week Tahun 2022. Tujuan promosi ini diadakan adalah untuk menarik minat orang awam yang datang memeriahkan program Terengganu Bike Week Tahun 2022, para bikers tempatan khususnya golongan belia di sekitar kawasan Kuala Terengganu untuk menyertai Askar Wataniah.

                          00a39cf6 8d8a 4570 8fdf 1384d8c7efc26ac06dde 31ee 48aa a973 a3bf249619a0

                          5731a35a 5756 44f6 99d4 5c7a3258407590651e5f f6d8 4154 8e5d f321983b8e2b