Sungai Buloh: Seramai 4 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari pasukan 13 Kompeni KPTD (AW) yang telah lulus Lembaga Pemilihan Dipertugaskan Sepenuh Masa Askar Wataniah telah menghadiri Lembaga Penilaian Dipertugaskan Sepenuh Masa Kor Polis Tentera Diraja yang dilaksanakan pada 22 Jun 2022 bertempat di 4 Rejimen KPTD.

Lembaga Penilaian Dipertugaskan Sepenuh Masa bertujuan untuk menilai dan memilih anggota yang layak disokong untuk dipertugaskan sepenuh masa kedalam Kor Polis Tentera Diraja. Anggota yang dicalonkan ini perlu menjalani beberapa peringkat penilaian bermula dengan Ujian Kecergasan Asas (UKA).nAnggota yang dicalonkan kemudiannya melaksanakan Ujian Kelayakan Kemahiran Individu (UKKI) dan Ujian Bertulis. Lembaga Penilaian ini telah dipengerusikan oleh Mej Mej Mazwan Bin Hj Mansol, Penolong Pegawai Memerintah 4 Rej KPTD dan turut disertai oleh Mej Ariff bin Jaafar, Ketua Kompeni Markas 4 Rej KPTD dan PW1 Hasrul Nizam bin Md Shahruddin Sarjan Mejar Rejimen 4 Rej KPTD.

                                              1AC4D657 9D77 4BCE 9B59 D47642AC7AB1452B8875 1DBF 4564 8F69 AC2AD1694A03

                                                                                                            CD089A90 8680 4281 BC2A 5AE5515C7A1B