Negeri Sembilan: Mesyuarat Logistik Siri 2/2022 Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan pada 15 sehingga 17 Jun 2022 di Nilai Spring Resort Hotel. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pegawai Logistik atau Kuatermaster Rej Siri 500 AW, wakil Kor AW, wakil PUSTEKMA dan wakil 91 DPOD.

Mesyuarat dilaksanakan bertujuan untuk menyelaraskan semua aspek pentadbiran, medium perbincangan teknikal pengurusan logistik pasukan AW, memantau permasalahan semasa logistik pasukan AW dan menilai pencapaian semasa strategi ke lima Hala Tuju AW.

Mesyuarat ini diakhiri dengan sesi dialog ahli mesyuarat bersama Brig Jen Padman a/l K.P Bhaskaran, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Logistik Siri 2/2022 Bahagian Pasukan Simpanan.

                       WhatsApp Image 2022 06 21 at 1.58.29 PMWhatsApp Image 2022 06 21 at 1.58.16 PM 1

                         WhatsApp Image 2022 06 21 at 1.58.16 PMWhatsApp Image 2022 06 21 at 1.58.16 PM 3