Kuala Lumpur: Seramai 16 Pegawai dan 42 anggota LLP telah terlibat dalam Perbarisan Pengarah Rancang dan Pembangunan BPS pada 20 Jun 22 bertempat di Dataran Sukan BPS. Perbarisan diketuai oleh Mej Mohd Khairi bin Amzah, Pegawai Staf 2 Pengurusan. Acara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Kolonel Hj Hashim bin Hj Osman, Pengarah Ranccang dan Pembangunan BPS. Dalam ucapannya YBhg Pengarah Rancang dan Pembangunan mengingatkan semua anggota supaya melaksanakan tugas dengan penuh komitmen. Beliau juga berkehendakkan agar semua anggota mengekalkan tahap disiplin yag tinggi dan sentiasa berpakaian kemas mengikut tatacara pemakaian yang ditetapkan. Tambahan lagi, beliau turut menasihati para pegawai dan anggota agar menabung dari awal bagi sama-sama melaksanakan ibadah korban sebagai tanda kesyukuran terhadap rezeki yang diberi oleh Allah S.W.T.