Kuala Lumpur:  Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke - 64 telah diadakan bermula pada 9 sehingga 10 Jun 2022 bertempat di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) dan sekitar Ipoh, Perak. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah pada tahun ini melibatkan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat, Perbarisan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke – 64, Program Derma Darah serta Majlis Makan Malam Rejimental.

Bagi Perbarisan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke – 64, seramai  21 orang Pegawai dan 261 orang Lain – Lain Pangkat (LLP) Sukarela terlibat dalam perbarisan yang telah diadakan di Padang Kawad PUSWATAN pada 10 Jun 2021. Perbarisan ini terdiri daripada kalangan Pegawai dan Anggota Sukarela Askar Wataniah daripada Rejimen Siri 500 AW, Kor TD AW dan Rej Pakar AW dari seluruh Malaysia. Seramai 400 orang penonton Pegawai dan Anggota Askar Wataniah yang mewakili pasukan masing-masing telah hadir menyaksikan perbarisan ini.

Perbarisan ini diketuai oleh Lt Kol Khairuddin bin Ishak, Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 Rej 509 AW melibatkan enam detasmen yang terdiri daripada detasmen Kontinjen 2 Divisyen, Kontinjen 3 Divisyen, Kontinjen  4 Divisyen, Kontinjen Kor TD AW/Rej Pakar AW dan 2 Kontinjen Wanita. Perbarisan ini diiringi oleh Brass Band Rej 512 AW yang berpengkalan di Kuala Terengganu.

Dalam perbarisan tersebut, Pemangku Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Brig Jen Padman a/l K.P Bhaskaran, telah mengambil Tabik Hormat serta memeriksa perbarisan. Dalam ucapan beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat kerana mengambil prihatin perihal Askar Wataniah serta melancarkan Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah 2022-2030 sejajar dengan Pelan Army 4NextG serta rancangan tindakan Perintah Ulung PTD Ke- 28. 

WhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.19 PMWhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.29 PMWhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.28 PMWhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.21 PMWhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.23 PMWhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.26 PM

                                                                                Perbarisan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-64

WhatsApp Image 2022 06 10 at 4.21.58 PMWhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.01 PMWhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.02 PMWhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.03 PM

                                                            Jamuan Sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-64

WhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.06 PMWhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.07 PM

                                                             Program Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-64

WhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.10 PMWhatsApp Image 2022 06 10 at 4.22.14 PM

                                                         Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Tahlil Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-64