Kuala Lumpur : Bahagian Pasukan Simpanan telah mengadakan Mesyuarat Kebajikan Siri 1/2022 pada 25 Mei 2022 bertempat di Dewan Watan Bahagian Pasukan Simpanan (BPS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah BPS, Brig Jen Padman a/l K.P Bhaskaran. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi memastikan  semua cadangan dan usul baru yang telah dibangkitkan semasa mesyuarat kebajikan yang lepas telah diambil tindakan bagi memastikan kebajikan anggota terpelihara.

Dalam mesyuarat kali ini juga, beberapa cadangan dan usul baru telah dikemukan oleh anggota dan semua usul dan cadangan tersebut telah mendapat perhatian Ketua Pengarah demi untuk kebaikkan dan kepentingan warga pasukan. Dalam mesyuarat ini juga, Pegawai Tabung Kebajikan Rejimen (TKR), Kapt Siti Hajariah binti Abdul Aziz  turut membentangkan kedudukan kewangan TKR untuk dikongsikan bersama seluruh warga pasukan. Dalam ucapan ringkas Ketua Pengarah, beliau berharap supaya semua permasalahan dan usul-usul baru yang dicadangkan dalam mesyuarat ini dapat diambil tindakan segera supaya tiada perkara berbangkit yang terbengkalai pada mesyuarat kebajikan yang akan datang.

                                               m DSC 5155m DSC 5157 

                                               m DSC 5161m DSC 5154