Kuala Lumpur: Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah yang berlangsung di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD, Sungai Besi pada 13 Mei 2022.

Mendahului senarai, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dato’ Ts Dr Mohd Ekhwan bin Haji Toriman telah dianugerahkan Tauliah Kolonel Kehormat dan menjawat jawatan sebagai Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UKM. Turut menerima Penganugerahan Tauliah Kolonel Kehormat, YM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Terengganu.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Mejar Dr. Lim Kuang Long, Pensyarah Kanan & Ketua Jabatan Sains Sosial Hospitaliti, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel (Sukarela) dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 503 Askar Wataniah (Rej 503 AW).

Majlis diteruskan lagi dengan Penganugerahan Tauliah Leftenan Kolonel Kehormat kepada Datuk Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Setiausaha Bahagian Kewangan Wisma Pertahanan dan dilantik sebagai Ahli JAKPAW Kementah.

Turut menerima Penganugerahan Tauliah Leftenan Kolonel Kehormat, Dato’ Hj Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Johor yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri Johor, dan YB Tuan Hj Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri Perlis.

Ianya diikuti dengan Penganugerahan Tauliah Mejar Kehormat seramai 10 penerima seterusnya 2 orang Mejar (Sukarela), 8 orang Kapten (Sukarela), 8 Leftenan (Sukarela) dan diakhiri dengan pemakaian pangkat 2 orang Leftenan Muda (Sukarela).

Sesungguhnya, acara sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang turut menekankan kepada peningkatan pengiktirafan kepada warga di atas kecemerlangan bakti dan perkhidmatan yang dizahirkan.

Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut mengucapkan sekalung tahniah kepada semua Pegawai Sukarela dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah. Semoga dengan penganugerahan dan pemakaian pangkat ini dapat membantu Angkatan Tetap dalam mempertahankan kedaulatan negara.

WhatsApp Image 2022 05 14 at 9.43.19 AM 4WhatsApp Image 2022 05 14 at 9.43.19 AM 5WhatsApp Image 2022 05 14 at 9.43.19 AM 6WhatsApp Image 2022 05 14 at 9.43.19 AM 7WhatsApp Image 2022 05 14 at 9.43.19 AM 8WhatsApp Image 2022 05 14 at 9.43.19 AM 9WhatsApp Image 2022 05 14 at 9.43.19 AM 10WhatsApp Image 2022 05 14 at 9.43.19 AM 11WhatsApp Image 2022 05 14 at 9.43.19 AM 14WhatsApp Image 2022 05 14 at 9.43.19 AM 13