Kuala Lumpur: Pelestarian kesejahteraan warga terus diharmonikan dalam keluarga Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan berlangsung meriah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Panglima Tentera Darat di Kediaman Rasmi Army House pada 7 dan 8 Mei 2022 bersamaan dengan 6 dan 7 Syawal 1443H.

Antara yang hadir pada hari pertama adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, mantan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara), mantan-mantan Panglima Tentera Darat dan pegawai-pegawai kanan TDM.

Manakala pada hari kedua, majlis telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz, dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, dan mantan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Bersara) dan isteri, Puan Sri Norlida binti Hj Abd Mubin.

Kemeriahan keluarga TDM dalam majlis yang berlangsung meriah ini turut dikunjungi oleh pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah, Markas Tentera Darat.

Pelaksanaan majlis sebegini adalah selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke–28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebersamaan warganya.

WhatsApp Image 2022 05 09 at 9.39.09 AM

 Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Bahagian Pasukan Simpanan hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri PTD