Kuala Lumpur: Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Brig Jen Padman a.l K.P Bhaskaran bersama warga Bahagian Pasukan Simpanan sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Dewan Watan, Bahagian Pasukan Simpanan pada 27 Apr 22. Ketua pengarah menyampaikan amanat agar seluruh warga Bahagian Pasukan Simpanan mengambil serius berkaitan aspek keselamatan diri dan keluarga. Ketua Pengarah juga menasihatkan semua warga Bahagian Pasukan Simpanan agar memeriksa kenderaan dan rumah sbelum bergerak pulang ke kampung untuk bercuti hari raya disamping mengamalkan pemanduan yang berhemah dan selamat. Beliau juga menasihatkan agar semua warga menjaga kesihatan diri dan mengekalkan SOP yang telah ditetapkan bagi langkah menghindari diri dan keluarga daripada jangkitan COVID-19.

                 WhatsApp Image 2022 04 27 at 4.06.07 PMWhatsApp Image 2022 04 27 at 4.06.07 PM 1

                 WhatsApp Image 2022 04 27 at 4.06.26 PMWhatsApp Image 2022 04 27 at 4.06.26 PM 1