VISI

MEMBANGUN AW YANG KREDIBEL, SEIMBANG SERTA MENCAPAI NISBAH 1:1 DENGAN ANGKATAN TETAP.

MISI

UNTUK MEMBANTU GANTI (AUGMENT) ANGKATAN TETAP SEMASA PERANG, DARURAT DAN MELAKSANAKAN OPERASI KETENTERAAN SELAIN PEPERANGAN.

George Town: Y.T.M. Tunku Temenggong Kedah, Brigadier Jeneral Dato’ Sri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa di Kem Rejimen 509 Askar Wataniah pada 25 April 2022.

Keberangkatan tiba Tunku Temenggong Kedah yang juga Komander Rejimen 509 Askar Wataniah (AW) Pulau Pinang disambut dan diiringi oleh Timbalan Komander Rejimen 509 AW, Leftenan Kolonel Hizral Kamal Othman Kamal; Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Pulau Pinang, Mejar (K) Tan Sri Dato’ Seri Dato’ Paduka Prof. Dr. Fng Ah Seng; Leftenan Kolonel (K) Datuk Yaacob Md. Saad; Mejar (K) Prof Ts Chang Kah Loon dan Sarjan Mejar Rejimen, PW I Jahnudin Aminudin.Pada majlis tersebut juga, Tunku Temenggong Kedah turut berkenan mengurniakan pemberian saguhati kepada peserta Tadarus Al-Quran Rejimen 509 AW sebelum berangkat pulang. 

               AD35F70D 73DF 47EB B91F 0736669D2EC7 870x52291D8659F 2C2E 4DF7 AD97 6BB37F39C312 500x333  

                                                                                        6E5A7733 5FA5 4369 8AE3 D6F10888A563 500x333