Kuala Terengganu: Batalion Pertama Kem Padang Midin Rejimen 512 AW telah menganjurkan Promosi Askar Wataniah pada 19 hingga 20 Apr 22 bertempat di Baazar Ramadhan Dataran Shah Bandar. Seramai 2 Pegawai dan 10 Anggota yang terdiri daripada Angkatan Sukarela dan Tetap telah terlibat dengan persiapan dan pelaksanaan promosi ini. Tujuan promosi ini dilaksanakan adalah untuk mengambil peluang sempena bulan Ramadhan bagi menarik perhatian dan minat komuniti di sekitar kawasan Dataran Shah Bandar terutamanya golongan belia untuk menyertai Askar Wataniah.

          5b1f3f42 370b 43b6 ab29 94ca4fc6da087ddf0905 f57f 4d59 a230 1b6182a82bd4

          81954f56 2dfb 4f51 9ceb 4beca0659d89b0dfa34f f126 45e9 9931 4e44b6914c8b