VISI

MEMBANGUN AW YANG KREDIBEL, SEIMBANG SERTA MENCAPAI NISBAH 1:1 DENGAN ANGKATAN TETAP.

MISI

UNTUK MEMBANTU GANTI (AUGMENT) ANGKATAN TETAP SEMASA PERANG, DARURAT DAN MELAKSANAKAN OPERASI KETENTERAAN SELAIN PEPERANGAN.

SARAWAK: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Komander Rejimen 510 Askar Wataniah (Rej 510 AW) dan ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 18 Apr 2022. Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat ke atas Kol Dato Sri Hj Mohamad Abu Bakar Marzuki yang menerima kenaikan pangkat Brig Jen dalam Angkatan Sukarela Persekutuan dan kekal menjawat jawatan sebagai Komander Rej 510 AW.

Seterusnya, seramai tiga ahli JAKPAW menerima Penganugerahan Tauliah Mej Kehormat dalam Angkatan Sukarela Persekutuan iaitu Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak, Datu Abdullah Julaihi, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak,  Datu Hj Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie serta Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority, Dr Zaidi Razak.

Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui syor Majlis Angkatan Tentera.Turut hadir, Premier Sarawak, Brig Jen (Kehormat) Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj Openg dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.

             WhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.14 AM 1WhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.12 AM 1  

                     WhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.13 AM 1WhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.15 AM 2 Copy  

                WhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.15 AMWhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.14 AM 2

                   WhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.11 AMWhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.12 AM

                 WhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.13 AM 2WhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.15 AM 1

                                                                                WhatsApp Image 2022 04 20 at 8.39.13 AM 3