Kuala Terengganu: Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Mahkota Raja Sempena Majlis Berbuka Puasa Rejimen 512 AW telah diadakan pada 14 Apr 22 bertempat di Kem Padang Midin. Seramai 10 Pegawai Rejimen 512 AW yang terdiri daripada Angkatan Sukarela dan Tetap telah terlibat dengan majlis berbuka puasa ini. Turut hadir bersama di dalam majlis ini adalah YAM Komander Rejimen 512 AW serta ahli JAKPAW Negeri Terengganu. DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu telah melaksanakan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah di Surau Al-Muttaqin Kem Padang Midin sejurus selesai menikmati hidangan berbuka puasa.

                         2f6179a6 2394 4183 9c62 823a153b2d55de614c16 67f7 408c 91cb afc65291118a