Kuala Terengganu: Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih Bersama Ahli JAKPAW Negeri Terengganu telah diadakan pada 13 Apr 22 bersamaan 11 Ramadhan 1443H bertempat di Darul Syakirin, Kediaman Rasmi SUK. Seramai 13 Pegawai Rejimen 512 AW dan ahli JAKPAW negeri Terengganu telah terlibat dengan pelaksanaan majlis berbuka puasa ini. Turut hadir bersama memeriahkan majlis berbuka puasa adalah YAM Komander Rejimen 512 AW. Bacaan Tahlil diadakan bagi mengisi masa sementara menunggu waktu berbuka puasa dan telah dipimpin oleh Guru Agama pasukan. Solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih juga turut dilaksanakan secara berjemaah setelah selesai menikmati juadah berbuka puasa.

                                         BP2BP7