VISI

MEMBANGUN AW YANG KREDIBEL, SEIMBANG SERTA MENCAPAI NISBAH 1:1 DENGAN ANGKATAN TETAP.

MISI

UNTUK MEMBANTU GANTI (AUGMENT) ANGKATAN TETAP SEMASA PERANG, DARURAT DAN MELAKSANAKAN OPERASI KETENTERAAN SELAIN PEPERANGAN.

Kuala Terengganu: Batalion Pertama Kem Padang Midin Rejimen 512 AW telah menganjurkan Promosi Askar Wataniah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak bermula pada 7 hingga 8 April 2022 bertempat di perkarangan Baazar Ramadhan Pantai Batu Buruk. Tujuan promosi ini dilaksanakan adalah untuk menarik minat belia dan masyarakat di sekitar kawasan Pantai Batu Buruk untuk menyertai Askar Wataniah. Seramai 3 Pegawai dan 10 anggota terdiri daripada Angkatan Sukarela dan Tetap telah terlibat dengan persiapan dan penganjuran promosi ini.

 ORANG AWAM BERMINAT AW 1    ORANG AWAM BERMINAT AW 2

 08ab80f0 b188 4f67 b449 f08d1ed9874d