Sungai Buloh: Pasukan 13 Kompeni KPTD (AW) telah menjalankan sesi Ujian Kecergasan Asas (UKA) bagi Sesi Kemasukan Askar Wataniah Siri Mac 2022 pada 28 dan 29 Mac 2022. Seramai 22 calon dari keseluruhan 139 yang berdaftar atas talian telah lulus sesi pengambilan dan akan diterima masuk sebagai anggota tentera Pasukan ini. Sesi UKA adalah proses terakhir prosedur pengambilan 13 Kompeni KPTD (AW) dan setiap calon yang hadir telah diuji oleh Jurulatih Jasmani 4 Rejimen KPTD. UKA bermula dengan sesi pemanasan dan seterusnya ujian larian sejauh 2.4km bermasa mengikut umur, Tekan Tubi dan Bangkit Tubi. Calon yang dinilai lulus sesi UKA seterusnya menjalani pemeriksaan oleh Doktor 821 RSAT sebum diiktiraf layak untuk berkhidmat di dalam Askar Wataniah. Kesemua calon yang berjaya akan dimajukan permohonan kemasukan ke Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat bagi pengeluaran Nombor Tentera. Siri Pengambilan Askar Wataniah 13 Kompeni KPTD (AW) diadakan setiap bulan dan pendaftaran awal adalah melalui sistem atas talian yang diwujudkan serta dibangunkan oleh pasukan semenjak Jun 2020 di laman sesawang: www.bit.ly/WATANIAH.
 
                07D95BD6 5AF8 4A4C 99B7 9EDB5A142F7B5B147A7A 059C 495E 9E9D 9B2428F85DD9
               6D682222 8452 4D9F BBE4 6142E9140B8774C73DDF CDB0 4FEA ADDB 1177D9C3F11D