Bukit Besi: Seramai 9 Pegawai dan 40 Anggota terdiri daripada Pegawai serta anggota Tetap dan Sukarela telah terlibat di dalam Program Jiwa Murni Pasca Banjir di Kampung Rantau Panjang, Dungun bermula pada 29 hingga 30 Mac 22. Program ini adalah anjuran bersama Rejimen 512 AW dan pihak KETENGAH. Upacara penutupan program telah disempurnakan oleh YAM Komander Rejimen 512 AW yang turut dihadiri oleh YM Mej (K) Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH serta Mej (K) Mohd Azmi bin Mustafa, Setiausaha JAKPAW Negeri Terengganu serta komuniti Kampung Rantau Panjang. Program ini bertujuan untuk membantu komuniti Kampung Rantau Panjang membaiki bumbung dan dinding masjid yang telah terjejas akibat kejadian banjir yang berlaku pada awal bulan Mac 2022.

                                                        7bfa41f3 f066 447b a2e7 691570ba9c5d8a5b871c b5d7 4af7 863d e60fbe88739e

                              85b42e89 8651 47e6 b4a9 3a9aed4908918656f4bf 92ba 4780 b7b3 91eb850ffcdf