PERBARISAN PENUTUP KURSUS KADAR BAKAL PTTR (S)
 
Sungai Buloh: Perbarisan Penutup Kursus KADAR Bakal PTTR (S) Siri 1/2022 Rejimen 502 Askar Wataniah telah dilaksanakan pada 30 Mac 2022. Kursus ini telah berlangsung selama 30 hari di Batalion Pertama Rejimen 502 Askar Wataniah bermula 1 Mac hingga 30 Mac 2022. Seramai 12 kali anggota dari pasukan 13 Kompeni KPTD (AW) telah menyertai kursus ini yang turut disertai oleh 20 kali anggota dari Rej 502 AW dan 1 kali anggota dari 4 Rejimen Semboyan Diraja AW. Menjadikan keseluruhan penuntut kursus seramai 33 kali anggota berpangkat Prebet. Perbarisan ini telah diadakan di Padang Kawad BN 1 Kem Sungai Buloh dan diketuai oleh Pbt Muhammad Zikry Hamdi bin Saiful Malik. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 502 Askar Wataniah Leftenan Kolonel Beh Kok Yew, diiringi oleh Penolong Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel Haji Mohd Suhari bin Haji Daiman dan dihadiri oleh Ketua Kompeni Markas 4 Rejimen KPTD Mejar Ariff bin Jaafar merangkap Pegawai Tadbir 13 Kompeni KPTD (AW). Majlis dimulakan dengan acara penyampaian anugerah kursus dan ucapan dari Peg Memerintah dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bersama anggota. Majlis menyaksikan Pbt Muhammad Syafiq bin Ahmad Hakimi dari pasukan ini dianugerahkan Penuntut Kawad Terbaik.
 
              Slide1E8D0884E 288B 4A70 B7AD F39EEAF431B8