Kemaman : Upacara Penutup Kursus KADAR Siri 1/2022 telah dilaksanakan pada 28 Mac 22 bertempat di Padang Kawad Batalion Ketiga Kem Bukit Kuang Rejimen 512 AW dan telah disempurnakan oleh YAM Tengku Seri Temenggong Raja Brig Jen Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej imen 512 AW. Seramai 39 penuntut telah berjaya menamatkan kursus ini. Di dalam ucapan YAM Komander telah menegaskan bahawa pembentukan disiplin amatlah penting terutamanya sebagai seorang tentera. YAM Komander juga berharap agar penuntut mengekalkan semangat untuk terus menghadiri kursus kerjaya dan mempelajari ilmu ketenteraan dengan lebih mendalam pada masa akan datang.

051e504c 0faa 45e6 ae40 16dc38a518bb03f0a732 dd7f 4fe7 bc42 b31c2592769a28ab0b5f d3f8 458e bffb c2e1876df503bb27ecb8 41a8 4184 a2bd 69d0699427f9