Kuala Lumpur: Acara Serah Terima Tugas Ketua Kerani Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan di Dewan Watan Bahagian Pasukan Simpanan pada 25 Mac 2022 yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Brig Jen Padman a/l K.P Bhaskaran, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan yang dihadiri oleh semua pegawai dan anggota Bahagian Pasukan Simpanan. Acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Ketua Kerani di antara PW II Mohd Nazri bin Omar dan PW II Abdul Halim bin Ahmad Sidin dan acara diakhiri dengan Majlis Penghargaan Anggota Bertukar Keluar . Pelaksanaan acara ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

                WhatsApp Image 2022 03 25 at 09.30.56 2WhatsApp Image 2022 03 25 at 09.30.56 

                WhatsApp Image 2022 03 25 at 09.30.56 4WhatsApp Image 2022 03 25 at 09.30.56 5