Padang Midin, Terengganu: seramai 6 Pegawai dan 85 anggota terdiri daripada anggota Tetap dan Sukarela Rejimen 512 AW telah terlibat dalam Latihan Kebakaran bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu pada 21 Mac 22 bertempat di sekitar kawasan Padang Kawad Kem Padang Midin. Tujuan latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga Rejimen 512 AW terutamanya berkenaan tindakan awal serta cara-cara memadamkan kebakaran. Sesi soal jawab dan perkongsian ilmu pengetahuan berkenaan punca-punca berlakunya kebakaran juga turut diadakan oleh pihak Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.

                   8abb9709 419f 4235 adc7 dcf0070978de63d866fd 4c8c 4a06 91c9 d30c4fdd9f19

                   409fa966 5494 42a7 a448 f712abb47145705ae278 f8b3 47f4 96ab ab780b9df6d8

                   96099e13 c1d8 40e6 a98b cf679a970dcaca69a8f9 ecaa 4192 a8eb 695e8853f50e