Gambang Pahang: PALAPES UMP telah menerima kunjungan sempena lawatan kerja Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Brigedier Jeneral Padman a/l K.P Bashkaran bersama PS 1 Tadbir/Log/Belanjawan BPS, Lt Kol Mohd Najib bin Mokhtar pada 16 Mac 2022. Ketibaan  beliau disambut oleh Ketua Jurulatih, Pegawai Sukarela, staf dan jurulatih PALAPES UMP yang berkekuatan seramai 2 Pegawai dan 18 anggota LLP. Sesi Dialog bersama Ketua Pengarah BPS bersama pegawai dan jurulatih PALAPES UMP telah diadakan semasa lawatan beliau  bertujuan mendapatkan maklumat berkenaan permasalahan yang dihadapi staf PALAPES UMP.

         Slide1Slide2