SARAWAK: Seramai 52 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen 510 Askar Wataniah (Rej 510 AW) terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) yang disempurnakan oleh SMR Ke-19, PW I Philip Dullah bertempat di Padang Kawad Rej 510 AW pada 17 Mac 2022.Perbarisan yang diketuai oleh Kompeni Sarjan Mejar Tadbir dimulakan dengan nyanyian lagu Tentera Darat (TD) seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh SMR.

Pelaksanaan perbarisan ini merupakan salah satu aktiviti rejimental pasukan bagi mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) dalam kalangan anggota sejajar dengan hasrat pucuk pimpinan TD agar SPR terus diamalkan oleh seluruh warga TD.

SMR menegaskan kepada warga rejimen agar sentiasa menjaga disiplin dan keterampilan yang baik sebagai contoh kepada anggota sukarela. Perbarisan ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

         WhatsApp Image 2022 03 18 at 11.56.42WhatsApp Image 2022 03 18 at 11.56.42 1 

         WhatsApp Image 2022 03 18 at 11.56.42 2WhatsApp Image 2022 03 18 at 11.56.42 3