Kepala Batas, Kedah: Duli Yang Teramat Mulia Brig Jen Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehudin, Raja Muda Kedah selaku Komander Rejimen 513 Askar Wataniah, Kem Bukit Pinang, Kedah berkenan mencemar duli merasmikan Latihan Tempatan Askar Wataniah Tahun 2022 bertempat di Dewan Makan Pasukan pada 12 Mac 2022.

Keberangkatan DYTM Komander telah disambut Brig Jen Mohd Akib bin Hj Yusof, Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia dan diiringi oleh Lt Kol Mohd Sufian bin Mamat, Timbalan Komander Rejimen 513 Askar Wataniah. Seramai 8 Pegawai dan 60 LLP sukarela telah terlibat di dalam perbarisan tersebut. Turut hadir, seramai 7 Pegawai Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Kedah dan juga pegawai-pegawai serta anggota tetap Rejimen 513 Askar Wataniah.

DYTM Komander menyampaikan rasa bangga dengan semangat kerjasama dan menitahkan bahawa Rejimen Askar Wataniah merupakan platform utama dalam meningkatkan semangat patriotisme, jati diri serta peluang kerjaya. Di dalam titah ucapan baginda, DYTM Komander turut menekankan kepimpinan setiap lapisan pemerintahan sehingga ke peringkat anggota sukarela, mestilah berminat dan mengekalkan keaktifan seiring dengan hasrat pucuk pimpinan TD. Perlaksanaan perbarisan ini sejajar dengan Tonggak Pertama dan Kedua Perintah Ulung PTD ke-28 iaitu "Kelangsungan Misi dan Kesiagaan" serta "Memperkasakan Keutuhan Organisasi".

              pelancaran 1pelancaran 3pelancaran 4