Terengganu: Kampung Sungai Pergam, Program Jiwa Murni anjuran bersama Rejimen 512 AW dan pihak Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM telah dilaksanakan bertempat di komuniti orang asli di Kampung Sungai Pergam pada 11 Mac 2022 . Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang asli berkaitan penjagaan kesihatan terutamanya berkenaan penularan penyakit Covid-19 disamping membantu komuniti orang asli. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti syarahan kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, cabutan bertuah, pertandingan karaoke serta persembahan oleh artis jemputan iaitu Sidi Data dan Shafie Rio. Program Jiwa Murni ini juga turut disertai oleh Komander Rejimen 512 AW, Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Brigedier Jeneral (Dr) Mohd Ghazali bin Mohd Taha serta JAKPAW Negeri Terengganu.

                cfb9833b 011c 4b14 a32e 216858def1d5d8156bbd e391 4105 b91a 5f1c4f242101  

                cafa8556 cf45 4cb4 983f 710bc67ab6dd2764d634 21bd 4c86 88f9 5f7d8bbaec41