Terengganu : Batalion Kedua Kem Sri Tembila Rejimen 512 AW telah menganjurkan Promosi Askar Wataniah pada 4 Mac 22 bertempat di Pasar Tani Besut. Seramai 3 pegawai dan 19 anggota Sukarela telah terlibat dalam penganjuran promosi ini. Tujuan promosi ini dilaksanakan adalah untuk menarik minat belia terutamanya di sekitar kawasan Besut untuk menyertai Askar Wataniah dan seterusnya bagi mencapai visi Askar Wataniah yang digariskan iaitu membangun Askar Wataniah yang kredibel, seimbang serta mencapai nisbah 1:1 dengan Angkatan Tetap.