Kuala Lumpur: Majlis Pemakaian Pangkat Lain-lain Pangkat dan Sambutan Hari Lahir Bahagian Pasukan Simpanan telah diadakan pada 7 Mac 2022 bertempat di Dewan Watan Bahagian Pasukan Simpanan. Seramai 3 orang anggota telah dipakaikan pangkat dari Lans Koperal ke Pemangku Koperal dan seramai 5 orang dipakaikan pangkat dari Prebet ke Lantikan Lans Koperal yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Brig Jen Padman a/l K.P Bhaskaran, Pemangku Asisten Panglima Pasukan Simpanan. Acara Pemakaian Pangkat Lain-lain Pangkat diakhiri dengan Sambutan Hari Lahir Bahagian Pasukan Simpanan bagi bulan Januari dan Februari. Seramai 17 pegawai dan anggota BPS telah diraikan dan majlis juga telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Brig Jen Padman a/l K.P Bhaskaran, Pemangku Asisten Panglima Pasukan Simpanan.

                               Slide1Slide2             

                             Slide3Slide4