Negeri Sembilan, Bahagian Pasukan Simpanan telah menganjurkan Mesyuarat Pengurusan Gaji dan Elaun Askar Wataniah Siri 1/2022 bertempat di Nilai Springs Resort Hotel, Negeri Sembilan bermula pada 2 hingga 4 Mac 2022. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Brig Jen Padman a/l K.P Bhaskaran, Pemangku Asisten Panglima Pasukan Simpanan yang dihadiri  oleh semua Pegawai Gaji  Rejimen Siri 500 AW, Pegawai Memerintah/Pemerintah di pasukan lain-lain Kor AW serta Ketua Jurulatih di PALAPES IPTA.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi taklimat secara terperinci mengenai gaji dan elaun Askar Wataniah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kewangan. Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh pasukan dan cara mengatasinya.

Bahagian Pasukan Simpanan mengharapkan mesyuarat ini dapat dimanfaatkan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir bagi membantu pasukan dan anggota Sukarela  Askar Wataniah dalam menguruskan gaji dan elaun AW serta perkara-perkara yang berkaitan kewangan agar misi dan visi Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah yang digariskan dapat dicapai.

                             WhatsApp Image 2022 03 03 at 12.20.50 1WhatsApp Image 2022 03 03 at 12.20.52                   

                              WhatsApp Image 2022 03 03 at 12.21.00WhatsApp Image 2022 03 03 at 12.20.50