PORT DICKSON, 1 Mac 2022 - Majlis Jamuan sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-89 telah diadakan dan turut meraikan kehadiran mantan-mantan yang telah berjuang dan mencurahkan bakti seperti lapan oramg mantan-mantan Panglima Tentera Darat (PTD), seorang mantan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), empat orang mantan-mantan Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD) dan seorang  mantan Sarjan Mejar Rejimen Istiadat (SMR Istiadat) yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kem Segenting.

Acara turut disusuli dengan tradisi memotong kek sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-89 yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain.

Di dalam majlis yang sama, turut berlangsung acara penyampaian hadiah bagi Artikel Terbaik Sorotan Darat bagi Siri 78 dan Siri 79 yang turut  disempurnakan oleh Tan Sri PTD.

Sorotan Darat bagi Siri 78 dan Siri 79 yang turut  disempurnakan oleh Tan Sri PTD.

Artikel Terbaik Sorotan Darat bagi Siri 78 dimenangi oleh Brigedier Jeneral Padman a/l Bhaskaran dari Bahagian Pasukan Simpanan manakala, Kolonel Dr Nizlan bin Mohamed dari Malaysia Institute of Defense and Security (MIDAS) telah memenangi Artikel Terbaik Sorotan Darat bagi Siri 79.

Seterusnya, majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah-hadiah bagi Pertandingan Esei PTD yang terbahagi kepada lima kategori. Johan bagi Kategori 5 disandang oleh Lans Koperal Mohamad Saifuddin bin Rosdi, Johan bagi Kategori 4 ialah Sarjan Mohd Amir bin Salleh, Johan bagi Kategori 3 ialah Kapten Azuraanisah binti Jamid, Johan bagi Kategori 2 ialah Leftenan Kolonel Hilmi bin Ab Hamid dan Johan Kategori 1 disandang oleh Kolonel Norhelmi bin Ismail.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pengurusan dan Inovasi yang dimenangi oleh Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen).

Majlis jamuan tersebut diakhiri dengan penyampaian  cendera kenangan kepada lapan orang mantan-mantan PTD dan isteri, seorang mantan TPTD, empat orang mantan-mantan SMR TD dan isteri serta seorang mantan SMR Istiadat dan isteri.

Semoga ikatan kekeluargaan besar ini terus kukuh sebagaimana tema sambutan Hari Tentera Darat Ke-89 tahun ini, "Kesejahteraan Keluarga TD Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin".

WhatsApp Image 2022 03 02 at 13.16.49 4WhatsApp Image 2022 03 02 at 13.16.49 3WhatsApp Image 2022 03 02 at 13.16.49 2WhatsApp Image 2022 03 02 at 13.16.49 5