George Town: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Pulau Pinang, YB Mej (K) Dato' Dr. Mohamad Farazi bin Johari telah menyempurnakan Upacara Pembukaan Latihan Askar Wataniah, Rejimen 509 (AW) Tahun 2022 pada 26 Februari 2022 bertempat di Kem Lebuh raya Peel, George Town, Pulau Pinang.

Perbarisan Pembukaan Latihan ini yang berkekuatan seramai 12 orang Pegawai dan 105 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Angkatan Sukarela Rejimen ini telah diketuai oleh Mej Mohd Ariff bin Nordin. Upacara ini telah dilaksanakan berpandukan kepada SOP COVID-19 yang terkini. Tetamu-tetamu kehormat yang hadir dalam Upacara ini juga terdiri daripada Pegawai-Pegawai Daerah di sekitar negeri Pulau Pinang. Turut  mengiringi upacara tersebut adalah Timbalan Komander Rejimen 509 (AW), Lt Kol Hizral Kamal bin Othman Kamal serta SMR Pasukan, PW I Jahnudin bin Aminudin selaku SMR Rejimen.

Upacara Perbarisan ini telah dimulakan dengan tabik hormat oleh Ketua Perbarisan ke atas Timbalan Pengerusi JAKPAW Pulau Pinang. Acara kemudian diteruskan dengan ucapan serta lafaz Perasmian bagi Pembukaan Latihan Askar Wataniah oleh Timbalan Pengerusi JAKPAW Pulau Pinang.

Dalam ucapan beliau, YB Dato Dr Farazi juga telah menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Rejimen 509 (AW), Pulau Pinang yang sentiasa komited melatih anggota wataniah di negeri ini. Beliau juga menyarankan agar semua pegawai dan anggota Angkatan Sukarela di negeri ini dapat terus menimba ilmu ketenteraan dengan sebaik mungkin seterusnya dapat memperkasakan lagi Angkatan Askar Wataniah di Pulau Pinang ke arah yang lebih cemerlang.

Seterusnya, upacara perbarisan ini telah disempurnakan dengan Penyampaian Cenderahati oleh Timbalan Komander Rejimen 509 (AW) kepada Timbalan Pengerusi JAKPAW. Acara diteruskan lagi dengan Jamuan Makan Rejimen bersama VIP dan tetamu jemputan di Mes Rejimen serta sesi suai Timbalan Pengerusi JAKPAW bersama ahli-ahli baru JAKPAW Kerajaan Negeri di Bilik Mesyuarat Rejimen.

Upacara Perasmian Latihan Askar Wataniah ini telah dilaksanakan sejajar dengan hasrat serta Direktif Panglima 6 Bgd serta seiring Perintah Ulung Tonggak Kelima PTD iaitu Peningkatan Hubungan TDM Dengan Awam yang melibatkan Pengiktirafan serta Keyakinan Rakyat melalui peningkatan kerjasama  dengan pihak kerajaan dan awam khususnya dalam  Military Operation Other Than War (MOOTW).

                                  WhatsApp Image 2022 03 01 at 12.51.18 4WhatsApp Image 2022 03 01 at 12.51.18 6       

                                 WhatsApp Image 2022 03 01 at 12.51.18 7WhatsApp Image 2022 03 01 at 12.51.18 8