Negeri Sembilan: Mesyuarat Tadbir Siri 1/2022 Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan pada 16 sehingga 18 Februari 2022 di Nilai Spring Resort Hotel. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Ketua Cawangan Tadbir Rej Siri 500 AW, Penolong Pegawai Pemerintah bagi Unit Kor AW, Ketua Penempatan bagi Sasaran Penting, PS 1 Kerjaya bagi Pasukan Pakar AW dan Ajutan PALAPES.

Mesyuarat dilaksanakan bertujuan memberi taklimat, perbincangan dan pertukaran idea di kalangan ahli mesyuarat yang hadir serta pelaporan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh pasukan. Resolusi dan keputusan yang diperolehi akan digunapakai bagi penambahbaikan pengurusan AW pada masa akan datang tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa sedia ada dalam TD. 

Mesyuarat ini diakhiri dengan sesi dialog ahli mesyuarat bersama Kol Haji Hasyim bin Haji Osman, Pengarah Rancang dan Pembangunan Bahagian Pasukan Simpanan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Tadbir Siri 1/2022 Bahagian Pasukan Simpanan.

   Slide4Slide3 

   Slide2Slide1