KUALA LUMPUR: Lawatan kebajikan Pemangku Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Brig Jen Padman A/L K.P Bhaskaran ke rumah Sjn Mohd Rafide bin Mohd Sharkawi, Ketua Kerani Sel LLP BPS di Blok B-01-04 Desa Setia Wira Jalan Buku Lima Kampung Datuk Keramat 54000 Kuala Lumpur pada 10 Feb 22. Lawatan itu juga turut dihadiri oleh Pegawai Staf 2 LLP dan Pegawai Staf 3 LLP mewakili semua warga BPS.

Sjn Mohd Rafide bin Mohd Sharkawi telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 11 sep 21 semasa bercuti tahun. PTTK yang menunggang motosikal telah mengalami kemalangan bersama dua buah motosikal di kilometer 405.3 Ulu Bernam. PTTK telah mengalami kecederaan patah tulang rusuk kiri, paru-paru bocor, patah tulang bahu, patah lengan kiri dan kecederaan pada tulang belakang. PTTK diberi cuti rawatan (PESNIL) bermula 27 Sep hingga 12 Dis 21 dan disambung bermula 28 Dis 21 hingga 29 Mac 22. Kini PTTK sedang melaksanakan rawatan fisioterapi di Hospital Tuanku Mizan, Kuala Lumpur bagi proses pemulihan.

Pemangku Asisten Panglima Pasukan Simpanan juga meyampaikan sumbangan kepada PTTK bagi mengurangkan beban yang ditanggung. Pemangku Asisten Panglima Pasukan Simpanan mewakili seluruh warga BPS mendoakan agar PTTK kembali sembuh.

                            Presentation4Slide4      

                            Slide1Slide2