JOHOR: Seramai 30 pegawai dan 130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) gabungan anggota tetap dan sukarela terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) serta Pembukaan Latihan Askar Wataniah bertempat di Padang Kawad Rejimen 501 Askar Wataniah (Rej 501 AW) pada 5 Feb 2022.

Dalam ucapan Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Johor, Kol (Kehormat) Dato' Hj Azmi Rohani mewajibkan setiap penjawat awam Johor seperti penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Galian (PTG) Johor dan Pejabat Tanah Daerah agar menyertai AW. Selain itu, beliau juga bersetuju untuk menjadikan pejabat lama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai tempat latihan dan pentadbiran AW bagi penjawat awam Johor yang akan diselaraskan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Sukan, Belia dan Sukarelawan.

Acara diteruskan dengan perasmian Galeri WARTAN dan Laman Web Rasmi Rej 501 AW sebelum disusuli dengan jamuan ringan serta memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut HUT Rej 501 AW Ke-42 Tahun. Pelaksanaan acara ini selaras dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan. Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Sukan, Belia dan Sukarelawan, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

WhatsApp Image 2022 02 08 at 08.01.48 4WhatsApp Image 2022 02 08 at 08.01.48 12WhatsApp Image 2022 02 08 at 08.01.47