Kuching: Lembaga Pemilihan Jurulatih Lain-lain Pangkat (LLP) Tentera Darat Siri Khas bagi Rejimen Siri 500 Askar Wataniah Tahun 2022 (Zon Sarawak) telah dilaksanakan pada 17 hingga 21 Jan 2022 bertempat di Rej 511 AW, Kem Ria, Kuching. Lembaga ini adalah bertujuan untuk memilih anggota-anggota LLP TD yang layak dan kompeten untuk bertugas sebagai jurulatih di Rej Siri 500 AW bagi meningkatkan tahap kualiti latihan dalam melatih dan melahirkan anggota AW yang berilmu dan berkualiti. Calon-calon terdiri daripada 37 lelaki dan 1 wanita dari Rej 510 AW, Rej 511 AW dan pasukan-pasukan Angkatan Tetap. Temuduga Lembaga Akhir telah dipengerusikan oleh Brig Jen Padman a/l K.P Bhaskaran, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan bersama Ahli Lembaga terdiri daripada PS 1 Rancang BPS, Timbalan Komander Rej 511 AW dan wakil-wakil daripada CSM serta Jabatan Arah yang terlibat.

            temuduga 1temuduga 2ujian 2