Depan kem 509

Komander Rejimen 509 AW

comdr 501

Yang Teramat Mulia Brig Jen Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku
Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah Tunku Temenggong Kedah

Timbalan Komander Rejimen 509 AW

TK501

Lt Kol Hamizal bin Mohd Musa (3006266)

Sejarah Rejimen 509 AW

Di Semenanjung Malaysia, pasukan sukarela yang pertama ditubuhkan ialah di Pulau Pinang pada bulan Mei 1861. Ia dikenali sebagai Penang Rifle Corps dan diperintah oleh Mej H. Mann, Madras Staf Corps (Resident Councillor, Penang) dan dibantu oleh Kapt L.Nairne (of Nairne & Co) dan Lt G.M. Sandilands (of Lorrain, Sandillas & Co). Pada 13 Februari 1862, seorang lagi pegawai telah ditambah dalam pemerintahan iaitu Lt J.P. Stewart. Kedudukan pemerintahan ini kekal sehingga tahun 1867. Pada tahun 1868, bilangan pegawai telah dikurangkan dan cuma diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Kapten iaitu Kapt L. Nairne. Akhirnya pada tahun 1870, pasukan ini telah dibubarkan setelah tidak aktif selama 4 tahun.

Di negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, Ordinan Sukarela yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1869 yang dikenali sebagai Volunteer Ordinance 1869. Ordinan ini diperkenalkan oleh pihak British untuk mengawal dan menyelaras pergerakan sukarela yang semakin bertambah. Ordinan ini telah dipinda dalam tahun 1880 dan dikenali sebagai Volunteer Amendment Ordinance 1880, apabila pasukan baru bertambah, ordinan ini telah dimansuhkan dan digantikan dengan Volunteer Ordinance 1888.

Pada 29 Jun 1899, Penang Volunteer yang kedua ditubuhkan dan Kapt Arthur Adam dilantik sebagai Pemangku Komandan dan seterusnya dilantik sebagai Komandan pada tahun berikutnya. Pada 3 November 1915, di Seberang Perai, pasukan pertahanan tempatan atau lebih dikenali sebagai Penang and Province Wellesly Volunteer Reserve (P&PWVR) telah ditubuhkan dengan rasminya. Pada dasarnya pertubuhan ini telah bergerak setahun lebih awal. Kapt W. Duncan telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah pertama pasukan ini. Kekuatan dan keanggotaan pada ketika itu terdiri daripada enam pegawai dan 159 Lain-lain Pangkat (LLP) yang hampir keseluruhannya berbangsa Eropah.

Pada tahun 1918 pula sejarah penubuhan Pasukan Sukarela Di Pulau Pinang telah bermula. Pasukan ini dibahagikan kepada empat Kompeni, iaitu Komp A dan Komp B untuk orang Inggeris sahaja, Komp C untuk orang Serani dan Komp D untuk orang Melayu. Antara anak-anak Melayu yang pertama menjadi pegawai sukarela semasa pemerintahan British ialah Kapt Husin (Peg Daerah Balik Pulau) sekitar tahun 1920, Kapt Nor bin Shaik Ahmad, Kapt Baba Ahmad dan Kapt Datuk Mohd Nor bin Ahmad (bapa kepada Kol Hj Ozair bin Mohd Noor – Komander Pertama Rejimen 509 AW).

Pada penghujung tahun 1921, pihak pentadbiran di Singapura mengambil keputusan untuk menyusun semula pasukan-pasukan simpanan yang ada di Tanah Melayu di bawah satu pemerintahan. Penang and Province Wellesley Volunteer Corps digabungkan dengan Malacca Volunteer Corps membentuk The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Pada tahun 1923, Volunteer Ordinance baru dikeluarkan. Dibawah ordinan ini, pembahagian pasukan dalam P&PWVC adalah Komp A (orang Eropah sahaja) di Pulau Pinang, Komp B (orang Eropah sahaja) di Seberang Perai, Komp C (orang Serani sahaja) di Pulau Pinang, Komp D (orang Cina sahaja) di Pulau Pinang, Komp E (orang Melayu sahaja) di Pulau Pinang dan satu seksyen Ambulan serta satu seksyen Signal.

Pada tahun 1929, satu kontinjen sukarela dari Tanah Melayu telah dihantar ke England untuk menghadiri upacara kemahkotaan Raja dan Ratu United Kingdom. P&PWVC juga telah menghantar wakil.

Menjelang tahun 1930, pasukan ini telah mencapai angka kekuatan seramai 70 pegawai dan 761 Lain-lain Pangkat. Pada tahun 1934, P&PWVC dan MVC telah dianugerahkan Panji-Panji Rejimen selain daripada Panji-Panji Raja. Pada 21 Mei 1934, P&PWVC telah dianugerahkan ‘warna panji-panji’ pasukan oleh pihak berkuasa British melalui Mej Jen E.O. Lewin. Warna yang dianugerahkan adalah warna biru.

Sekitar tahun 1941, pasukan sukarela ini telah ditukarkan pecahan kompeninya iaitu Komp A dan B untuk orang Eropah, Komp C untuk orang Melayu, Komp D untuk orang Cina sementara orang Serani pula Komp E.

Pada tahun 1958, pasukan ini telah ditukar nama menjadi Tentera Tempatan Persekutuan (TTP) dan seterusnya nama ini sekali lagi ditukar kepada Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) Pulau Pinang sekitar tahun 1968.

Pada tahun 1980, PPT Pulau Pinang telah digabungkan dengan PPT Kedah di bawah satu pemerintahan yang dikenali Bn 5/504 PSTD.

Rej 509 PSTD telah diwujudkan secara rasminya sebagai sebuah Rejimen pada 1 Jan 1981. Serentak dengan Bn 5/504 PSTD telah ditukar menjadi Bn 1/509 AW. Mulai dari tarikh tersebut, Rejimen ini diperintah oleh seorang pemerintah berpangkat Lt Kol yang sebelum ini hanyalah berpangkat Mejar. Kawasan tanggungjawab (KTJ) batalion ini ialah kawasan Timur Laut Pulau Pinang. Beberapa bulan kemudian, Bn 2/509 AW telah ditubuhkan dengan KTJ kawasan Barat Daya Pulau Pinang.

Pada 1 Ogos 1981, bertempat di Pantai Road, Butterworth Bn 3/509 AW telah ditubuhkan. Penubuhan ini selaras dengan perkembangan pasukan yang mula mendapat sambutan daripada orang ramai. KTJ batalion adalah Seberang Perai Utara.

Penempatan Rej 509 AW ini pada ketika itu adalah MK Rejimen di No 15, Lebuhraya Peel, Pulau Pinang dan terdiri daripada empat batalion, Bn 1/509 AW ditempatkan bersama MK Rej dan bertanggungjawab bagi kawasan Georgetown manakalan Bn 2/509 AW yang bertempat di Batu Uban bertanggungjawab bagi kawasan Balik Pulau. Bn 3/509 AW yang bertempat di Butterworth bertanggungjawab bagi kawasan Seberang Perai Utara. Bn 4/509 AW di Butterworth bertanggungjawab bagi kawasan Seberang Perai Tengah dan Nibong Tebal.

Pada tahun 1987, penempatan semula Rej 509 AW adalah MK Rejimen di No 15, Lebuhraya Peel, Pulau Pinang, Bn 1/509 AW di Kem Batu Uban yang bertanggungjawab bagi kawasan Pulau Pinang. Manakala Bn 2/509 AW di Batu Uban telah berpindah ke Kem Kolam Air pada 1 Jan 1990. Bn 3/509 AW di Butterworth telah berpindah ke Kem TUDM Butterworth pada 1 Jan 1994. Bn 4/509 AW telah dibubarkan.

 Komander

Komander Rejimen 509 AW :

1. Lt Kol Hj Ozair bin Hj Mohd Nor.    
   02 Jul 1985 hingga 27 Dis 1987

2. Kol Datuk Hj. Ahmad  bin Salleh.    
    28 Dis 1987 hingga 30 Apr 1996

3. Lt Kol Ahmad Fuad bin Hj Harun.
    01 Mei 1996 hingga 28 Sep 1998

4. Kol Prof Dr Dato’Ahmad Fawzi bin Mohd Basri.
    29 Sep 1998 hingga 01 Feb 2000

5. Brig Jen Toh Kohor Alam Dato’ Hj Ahmad Fuad bin Hj Harun.
    2 Feb 2000 hingga 29 Mei 2005

6. Brig Jen Datuk Prof Dr Kamarudin bin  Hussin.
    30 Nov 2006 hingga 28 Feb 2018

7. Yang Teramat Mulia Brig Jen Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah Tunku Temenggong Kedah.
    1 Jul 2019 hingga Sekarang

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 509 AW :

1. Mej A. B. O. Merican.
    1 Ogos 65 hingga 31 Dis 98

2. Mej Pertab Singh.
    1 Jan 69 hingga 2 Sep 70

3. Kapt Johan Bin Sulaiman.
    3 Sep 70 hingga 1 Mac 72

4. Kapt Tan Kong Kian. 
    2 Mac 72 hingga 30 Nov 72

5. Mej Raja Azhar Bin Ahmad. 
    1 Dis 72 hingga 7 Feb 75

6. Mej Mohd Nadzir Bin.
    1 Mac 75 hingga 31 Mac 77

7. Mej Chia Cheng Chye.
    1 Apr 77 hingga 31 Dis 78

8. Mej Mohd Salleh Bin Don.
    1 Jan 79 hingga 31 Dis 80

9. Lt Kol Thomas Mathews.

    1 Jan 80 Hingga 30 Jun 82

10. Lt Kol Shaharom Bin Jaafar.
      1 Jul 82 Hingga 31 Dis 82

11. Lt Kol Thong Wai Kee.
     1 Jan 83 Hingga 31 Jun 83

12. Lt Kol Mohd Aziz Bin Hanafi. 
      1 Jul 83 Hingga 31 Mei 85

13. Lt Kol Hj Muhammad Bin Maidin.
      1 Jun 85 Hingga 31 Dis 87

14. Lt Kol Muhammad Bin Rusli.
      1 Jan 88 Hingga 31 Dis 90

15. Lt Kol Harbhajan Singh.
      1 Jan 91 Hingga 12 Sep 95

16. Lt Kol Stephen Mundaw.
      13 Sep 95 Hingga 31 Mei 97

17. Lt Kol S. Jeyabalan C.Sinnadurai.
      1 Jun 97 Hingga 30 Jun 99

18. Lt Kol Md Hussain Bin Abu Bakar.
      1 Jul 99 Hingga 11 Jul 02

19. Lt Kol Abdul Rani Bin Sydin.
      12 Jul 02 Hingga 3 Mei 04

20. Lt Kol Abd Jamil Bin Othman.
      4 Mei 04 Hingga 1 Jun 06

21. Lt Kol Toh Choon Shiang.
      2 Jun 06 Hingga 10 Nov 08

22. Lt Kol Mohd Darawi Bin Mohd Saad.
      12 Nov 08 Hingga 12 Jan 11

23. Lt Kol Nik Abdul Halim Bin Mohd Zain.
      13 Jan 11 Hingga 30 Jun 13

24. Lt Kol Haron Bin Mohd Yusof.
      1 Jul 13 Hingga 5 Mei 16

25. Lt Kol Shamsolnizam Bin Karman. 
      6 Mei 16 Hingga 5 Jul 18

26. Lt Kol Anuar Bin Mohd Tahir.
      6 Jul 18 Hingga 21 Jun 20

27. Lt Kol Hizral Kamal Bin Othman Kamal.
      22 Jun 20 hingga 7 Ogos 22


28. Lt Kol Hamizal bin Mohd Musa (3006266)
      8 Ogos 22 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Menggalakkan penyertaan masyarakat ke dalam Angkatan Sukarela untuk Berkhidmat Kepada Negara.

Misi

Melatih Angkatan Sukarela dengan ilmu ketenteraan agar sentiasa bersiap sedia serta boleh diaturgerakkan untuk membantu-ganti Pasukan Angkatan Tetap.