depan kem 504 2

Komander Rejimen 504 AW

comdr 501

DYTM Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Timbalan Komander Rejimen 504 AW

TK501

Leftenan Kolonel Lasahi bin Laiji

Sejarah Rejimen 504 AW

Rej 504 AW telah ditubuhkan pada 7 Sep 80. Pada ketika itu, Rej ini bertanggungjawab ke atas Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dengan penempatan 2 x Bn di Kedah, 1 x Bn di Perlis, 1 x Bn di Pulau Pinang di mana MK Rej berada di Alor Star, Kedah. 1 x Bn lagi digantung. Kedudukan semasa itu adalah seperti berikut:

MK Rej - Kem Jalan Kolam Air, Alor Star, Kedah.
Bn 1/504 - Kem Jalan Kolam Air, Alor Star, Kedah.
Bn 2/504 - Kem Jalan Kolam Air, Sg Petani, Kedah.
Bn 3/504 - Kem Bukit Keteri, Perlis.
Bn 4/504 - Pulau Pinang.
Bn 5/504 - Digantung.

Penempatan Semula. Pada 16 Mac 90, Rej ini telah menyerahkan sepenuhnya Bn 2/504 AW kepada Rej 509 AW di Pulau Pinang dan menjadikan 3 x Bn sahaja dibawah pemerintahan Rej ini. Semua anggota tetap dari batalion tersebut telah diserapkan ke lain-lain batalion dan cawangan di MK Rej. Selaras dengan perkembangan tersebut, maka penyusunan semula dan organisasi Rej 504 AW adalah seperti berikut:

MK Rej - Kem Bukit Pinang, Kepala Batas, Kedah.
Bn 1/504 - Kem Jalan Kolam Air, Sg Petani, Kedah.
Bn 2/504 - Kem Bukit Keteri, Perlis.
Bn 3/504 - Kem Jalan Bukit Kulim, Kedah.

Pada 1 Julai 96, MK Rej telah berpindah dari Kem Bukit Pinang, Kedah ke Kem Bukit Keteri, Kangar, Perlis dan di tempatkan bersama Bn 2/504 AW. Walau bagaimanapun, pada 1 Jan 98 apabila tertubuhnya Rej 513 AW, satu rombakan telah dilakukan di mana Rejimen 513 AW bertanggungjawab ke atas seluruh Negeri Kedah termasuk Langkawi manakala Rej 504 AW bertanggungjawab ke atas Negeri Perlis. Rej 504 AW telah melaksanakan penyerahan Batalion Askar Wataniah di Negeri Kedah kepada Rej 513 AW dan membantu penubuhannya seperti berikut:

MK Rej 513 AW. MK Rej 513 AW telah ditubuhkan di Kem Jalan Kolam Air, Sg. Petani, Kedah yang ketika itu menempatkan Bn 1/504 AW dengan menggunakan perjawatan Bn Ke 4 Rej 504 AW.

Bn Pertama Rej 513 AW. Bn 1/513 AW ditubuhkan di Kem Jalan Kolam Air, Sg. Petani, Kedah dengan cara mendesignasikan semula Bn 1/504 AW. Batalion ini diletakkan bersama MK Rej 513 AW.

Bn Kedua Rej 513 AW. Bn 2/513 AW ditubuhkan dengan mendesignasikan semula Bn 3/504 AW yang bertempat di Kem Jalan Bukit, Kulim kepada Bn 2/513 AW.

Penyusunan Semula Rejimen 504 AW.

Bn Pertama Rej 504 AW. Bn 1/504 AW di Kem Bukit Keteri, Kangar, Perlis telah didesignasikan semula sebagai Bn 1/504 AW. Bn ini bertanggungjawab menguruskan anggota-anggota sukarela di dalam kawasan Parlimen Kangar.

Bn Kedua Rej 504 AW. Bn 2/504 AW telah ditubuhkan di Kem Bukit Keteri, Perlis pada tahun 2000 dengan menggunakan perjawatan Bn 4/508 AW. Bn ini bertanggungjawab kepada anggota sukarela di dalam kawasan Parlimen Arau.

Bn Ketiga Rej 504 AW. Bn 3/504 AW ditubuhkan pada 29 Jun 2003 dengan menggunakan perjawatan Bn 4/509 AW. Bn ini bertanggungjawab kepada anggota sukarela di dalam kawasan Parlimen Padang Besar.

 Komander

Komander Rejimen 504 :

1. DYMM  Kol Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum TuankuSyed Putra Jamalulail.    
    1 Jan 1981 hingga 31 Mac 2002

2. DYTM Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.    
    1 Apr 2002 hingga Sekarang

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 504 :

1. Lt Kol Fadzil bin Ahmad.
    1 Jan 80 hingga 31 Dis 81

2. Lt Kol Rosli bin Yusof.
    1 Jan 82 hingga 31 Dis 83

3. Lt Kol Tengku Mokhtar bin Tengku Mohd Jewa.
    1 Jan 84 hingga 31 Dis 85

4. Lt Kol Mohd Yusof bin Saad. 
    1 Jan 86 hingga 31 Dis 87

5. Lt Kol Maat bin Hj Abd Rahman. 
    1 Jan 88 hingga 4 Apr 92

6. Lt Kol Md Thakhrim bin Hj Arshad.
    5 Apr 92 hingga 20 Dis 94

7. Lt Kol Azroie bin Hj Ahmad.
    21 Dis 94 hingga 5 Jul 96

8. Lt Kol Mahyuddin bin Hj Abd Razak.
    6 Jul 96 hingga 31 Dis 97

9. Lt Kol Mohamad bin Aziz.
    1 Jan 98 hingga 7 Nov 99

10. Lt Kol Jamaal Shaaban bin Hj Abd Rahman.
      8 Nov 99 hingga 28 Feb 01

11. Lt Kol Azuddin bin Bahari. 
      1 Mac 01 hingga 6 Jun 03

12. Lt Kol Mahyuddin bin Hj Abd Razak.
      7 Jun 03 hingga 26 Jul 04

13. Lt Kol Omar Hamzah Zamharibin Mohd Nasir. 
      27 Jul 04 hingga 26 Ogos 05

14. Lt Kol Rusman bin Sanip.
      27 Ogos 05 hingga 1 Jan 07

15. Lt Kol Zainuddin bin Mustafa.
      2 Jan 07 hingga 14 Mac 08

16. Lt Kol Hashim bin Osman. 
     15 Mac 08 hingga 14 Jan 09

17. Lt Kol Mohd Mansor bin Hj Mohd Sharip.

      15 Jan 09 hingga 08 Mei 10

18. Lt Kol Mohd Shukri bin Mohd Shariff.
      09 Mei 10 hingga 31 Mei 12

19. Lt Kol Zulfakar bin Abdul Wahid.
      01 Jun 12 hingga 9 Apr 2015

20. Lt Kol Azhar bin Ahmad.
      10 April 2015 hingga 24 Nov 2016

21. Lt Kol Hj Huzaini bin Hj Hussin.
      25 Nov 2016 hingga 24 Mac 2019

22. Lt Kol Mohamad Zaidi bin Ishak.
      25 Mac 2019 3 Ogos 2022

23. Leftenan Kolonel Lasahi bin Laiji.
      4 Ogos 22 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Menjadi rejimen yang berkemampuan melaksanakan tugas dari pemerintahan tertinggi tentera darat khasnya dan Bahagian Pasukan Simpanan amnya.

Misi

Merekrut, melatih dan mengekalkan keaktifan Anggota Sukarela dalam membantu pasukan tetap mempertahankan Negeri Perlis dari sebarang ancaman luar dan dalam negara serta membantu pihak berkuasa awam mengekalkan keamanan serta kemakmuran Negeri Perlis.