depan kem 501 2

Komander Rejimen 501 AW

 

-TIADA-

Timbalan Komander Rejimen 501 AW

TK501

Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob

Sejarah Rejimen 501 AW

Kor Sukarelawan yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu adalah di Pulau Pinang iaitu Penang Volunteers dan diikuti oleh negeri Johor, Kedah, Kelantan dan juga negeri-negeri Melayu Bersekutu yang lain. Perang Dunia Pertama telah menjadi faktor yang menggerakan penubuhan Volunteer Corps di negara ini.

Pada tahun 1952, kerajaan telah memperkenalkan konsep kerahan tenaga melalui penguatkuasaan National Service Ordinance. Apabila Home Guard dibubarkan dalam tahun 1958, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah memperkenalkan konsep Askar Wataniah. Pada 1 Jun 1958, Askar Wataniah ditubuhkan secara rasmi. Perubahan demi perubahan dilaksankan terhadap Askar Wataniah untuk mengemaskini dan memantapkan Angkatan Tentera mengikut keperluan semasa.

Rejimen 501 Askar Wataniah telah ditubuhkan pada 07 Feb 1980 mengikut kuasa penubuhan KP/TD/RANCANGAN/4668 bertarikh pada 8 Mac 1979 bagi mengambil alih peranan Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) Johor yang telah dibubarkan.

Pada awal penubuhan penempatan Rejimen adalah di Kem Majidee, Johor Bahru dan Timbalan Komander yang pertama pada waktu itu adalah Leftenan Kolonel Abdul Latif bin Hassan. Kekuatan Rejimen pada awal penubuhannya adalah seramai 13 Pegawai dan 2,279 anggota Lain-Lain Pangkat. Rejimen ini telah berpindah dari Kem Majidee ke Kem Tebrau pada 12 Jun 1993 dan kini Rejimen telah diterajui oleh 4 Komander dan 19 Timbalan Komander.

 Komander

Komander Rejimen 501 AW :

1. YAM Kolonel Datuk Tunku Abdul Rahman Ibni Tunku Temenggong Ahmad.    
    7 Feb 1980 hingga Dis 1988

2. Kol Abdullah bin Hussain.    
    1 Feb 1981 hingga 31 Dis 1995

3. Brig Jen Dato’ Mohd Shahrom bin Mohamad.
    1 Feb 1996 hingga 31 Mei 2005

4. Brig Jen Dato’ Tajuddin bin Joned. 
    12 Jan 2006 hingga 12 Dis 2017

5. Kol Haji Rosli bin Haji Abdul Rahman.
    1 Okt 2019 hingga Sekarang 

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 501 AW :

1. Leftenen Kolonel Abdul Latif bin Hassan.
    1 Dis 1978 hingga  31 Mei 1982

2. Leftenen Kolonel Sheikh Ahmad Nordin bin Sheikh Abdullah.
    1 Jun 1982 hingga 31 Dis 1983

3. Leftenen Kolonel Abdullah bin Hussain.
    1 Jan 1984 hingga 30 Jun 1988

4. Leftenen Kolonel Md Takhrim bin Arshad. 
    1 Jul 1988 hingga 30 Jun 1989

5. Leftenen Kolonel Abd Razak bin Jaafar. 
    1 Jul 1989 hingga 13 Okt 1991

6. Leftenen Kolonel Ahmad Latfi bin Kamarul Baharin.
    14 Okt 1991 hingga 28 Jul 1992

7. Leftenen Kolonel Syed Sheikh bin Syed Mohamad.
    29 Jul 1992 hingga 31 Dis 1995

8. Leftenen Kolonel Shamsuddin bin Thani.
    1 Jan 1996 hingga 19 Mac 1998

9. Leftenen Kolonel Samsuri bin Abd Hamid.
    20 Mac 1998 hingga 9 Sep 2002

10. Leftenan Kolonel Tahir bin Omar.
      10 Sep 2002 hingga 12 Mac 2003

11. Leftenen Kolonel Tajuddin bin Joned. 
      13 Mac 2003 hingga 12 Okt 2005

12. Leftenen Kolonel Osman bin Sa’amin.
      13 Okt 2005 hingga 30 Apr 2008

13. Leftenen Kolonel Mustaffa Kamal bin Hj Jaafar. 
      01 Mei 2008 hingga 31 Jan 2010

14. Leftenen Kolonel Hamdan bin Hussin.
      01 Feb 2010 hingga 22 Mei 2011

15. Leftenen Kolonel Hj Ishak bin Ismail.
      23 Mei 2011 hingga 13 Jun 2014

16. Leftenen Kolonel Meor Anas bin Meor Ahmad. 
     14 Jun 2014 hingga 15 Apr 2016

17. Lt Kol Hj Mohammad bin Abdul Aziz.

      16 Apr 2016 hingga 9 Mac 2017

18. Lt Kol Sulaiman bin Sawat.
      10 Mac 2017 hingga 16 Jan 2019

19. Lt Kol Kaharuddin bin Katan.
      17 Jan 2019 hingga 4 Jan 21

20. Lt Kol Mohd Fauzi bin Adam.
      4 Jan 2021 hingga Apr 2023.

21. Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob
      28 Apr 2023 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Menjadikan warga Rejimen ini sentiasa bersiap siaga dan berpengetahuan di dalam bidang ketenteraan selari dengan kehendak 7 Briged.

Misi

Untuk membantu 7 Briged mempertahankan kawasan tanggungjawab.

 

https://sites.google.com/view/rejimen501askarwataniah