KUALA LUMPUR – Pemangku Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Kol Hj Hashim bin Hj Osman telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Bahagian Pasukan Simpanan Tahun 2021 bertempat di Dewan Watan, Bahagian Pasukan Simpanan pada 7 Mei 2021.

KHATAM ALQURAN     KHATAM ALQURAN 1

Program Khatam Al-Quran ini adalah bertujuan untuk memupuk minat membaca Al-Quran, menguasai serta melazimkan Al-Quran dalam kehidupan harian dalam kalangan Staf Bahagian Pasukan Simpanan sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke - 28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada kesepaduan dan kebersamaan. Seramai 30 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota Bahagian Pasukan Simpanan telah menyertai program tadarus ini, di mana setiap peserta telah menghabiskan bacaan sebanyak 1 juzuk setiap seorang. Penyampaian cendera kenangan kepada 30 pembaca tadarus telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Kol Hj Hashim bin Hj Osman.

Turut Hadir, SSjn Ustaz Fakhruddin bin Sharudin daripada Jabatanarah KAGAT selaku penceramah jemputan.