Kuala Lumpur: Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Tauliah Kehormat dan Pemakaian Pangkat Pegawai Askar Wataniah yang diadakan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 1 Jun 2023.

Penganugerahan Tauliah Kolonel Kehormat telah diberikan kepada Tan Sri Dato’ Sri Dato’ Paduka Profesor Fng Ah Seng, Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) KEMENTAH. Seterusnya majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat pegawai Sukarela Askar Wataniah  dimulai dengan pemakaian pangkat Mejar ke Leftenan Kolonel kepada Dato’ Tan Kee Fatt, Pegawai Memerintah, Batalion Ketiga, Rejimen 505 Askar Wataniah diikuti dengan pemakaian pangkat Kapten ke Mejar diberikan kepada 3 orang penerima.

PTD dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Kanan yang telah dinaikkan pangkat pada hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim.

12345678910WhatsApp Image 2023 06 02 at 09.46.47