Melaka: Lembaga Pemilihan dan Penempatan Jurulatih Rejimen Siri 500 Askar Wataniah telah diadakan bertempat di Rejimen 514 Askar Wataniah, Kem Bukit Beruang pada 1 Jun 2023. Lembaga ini melibatkan seramai 70 orang calon. Ahli Panel lembaga ini melibatkan semua wakil dari Jabatanarah Kor Tentera Darat yang dipengerusikan oleh YBhg Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan.

Lembaga Pemilihan dan Penempatan Jurulatih LLP TD Siri Satu bagi Rejimen Siri 500 Askar Wataniah Tahun 2023 (Zon Tengah/ Selatan) diadakan bertujuan untuk memilih anggota-anggota LLP TD yang layak dan kompeten untuk bertugas sebagai Jurulatih bagi mengisi kekosongan perjawatan di Rejimen Siri 500 Askar Wataniah.

WhatsApp Image 2023 06 02 at 07.17.20 1WhatsApp Image 2023 06 02 at 07.17.19WhatsApp Image 2023 06 02 at 07.17.20WhatsApp Image 2023 06 02 at 07.17.23WhatsApp Image 2023 06 02 at 07.17.24WhatsApp Image 2023 06 02 at 07.17.23 1