MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Panglima-Panglima Perkhidmatan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Tauliah Kehormat Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela Persekutuan (ASP). Majlis bertempat di Penthouse, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 6 April 2021.

Penganugerahan Pangkat Tauliah Kehormat Askar Wataniah ini adalah sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke – 28, iaitu ‘Peningkatan Hubungan Tentera Dengan Awam’. Seluruh warga Tentera Darat khususnya Askar Wataniah mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama (Dr) Haji Sulaiman bin Md Ali. Beliau telah dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) berkuat kuasa 21 Januari 2021 dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Melaka. Seterusnya, sekalung tahniah ke atas penganugerahan pangkat Kolonel (Kehormat) dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pertahanan, Puan Mastura binti Ahmad Mustafa. Beliau dilantik sebagai Ahli JAKPAW Kementerian Pertahanan berkuat kuasa pada 21 Januari 2021.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT 1

Tahniah juga diucapkan kepada tiga pegawai kerajaan yang turut dianugerahkan pangkat (Kehormat) dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu penganugerahan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, penganugerahan pangkat Kepten (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada Menteri Kewangan, YAM Dato’ Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dan penganugerahan pangkat Kolonel (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia dalam Angkatan Sukarela Persekutuan kepada Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Pertahanan, Tuan Ahmad Nazri bin Mohd Hassan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (Kehormat) Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang dan Panglima-Panglima Perkhidmatan serta penglibatan minimum Pegawai-Pegawai Kanan ATM.

MJLIS PMAKAIAN PANGKAT 2