Kuala Terengganu: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YAM Komander Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) telah dilaksanakan pada 12 Mei 23 bertempat di Kem Padang Midin melibatkan seluruh warga Rej 512 AW dan keluarga. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah YBM Tengku Sri Bijaya Raja, Kolonel (Kehormat) Datuk Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Terengganu dan isteri serta veteran-veteran dan bekas Pegawai dan Anggota Rej 512 AW. Majlis ini dimulakan dengan para tetamu menikmati hidangan jamuan sambil dihiburkan dengan kugiran oleh anggota Brassband Rej 512 AW diikuti dengan temuramah dan kuiz oleh pengacara majlis. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan serta kuih raya yang disempurnakan oleh YAM Komander kepada wakil setiap Batalion Rejimen 512 Askar Wataniah. YAM Komander juga turut menyantuni veteran-veteran yang pernah berkhidmat di Rej 512 AW. Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyerahan bendera Rej 512 AW oleh YAM Komander kepada Kontinjen Sukan Rej 512 AW sebelum bertolak ke Pertandingan Sukan Antara Rejimen Siri 500 mewakili Zon Timur yang dijangka akan berlangsung pada 15 hingga 21 Mei 23 bertempat di PUSWATAN.

ee666c89 d5fa 4581 9358 e4a89b8b8b1cd689cd4d 0d6f 4a44 b72f 9e02265da616974bbfe5 b61c 42a9 8295 6d98476c6f624a6c3c96 221b 4ef5 a07b ea5c3db92e061c1f7d55 45dd 4b8b 9221 4d247815f38126861cd14 d26c 47ce 8708 72dadf04857c